home Latest News MENZIARAH EN SHAMSUDDIN SEORANG OKU ASNAF DI PANGKOR

MENZIARAH EN SHAMSUDDIN SEORANG OKU ASNAF DI PANGKOR

MENZIARAH EN SHAMSUDDIN SEORANG OKU ASNAF DI PANGKOR

Pada 28 September 2018 bersamaan hari Jumaat seramai 7 sukarelawan The Thirdforce Perak telah mengunjungi satu keluarga asnaf di 75, Kg Tengah, Pangkor. Turut bersama adalah 2 guru dan 6 pelajar program pertukaran ke KV Seri Manjung dari SMK N1 Madiun, Jawa Timur, Indonesia. Kami tiba sekitar jam 11.00 pagi hasil dari maklumat yang di terima sukarelawan kami di pulau itu.

Inilah mesej dari wakil TF di Pangkor:

Sewaktu tiba di rumah keluarga asnaf, kami dapat berjumpa dengan En Shamsuddin bin Mat Ali, 63 tahun dan isteri serta seorang saudara mereka.

En Shamsuddin adalah seorang bekas pekerja pembersihan waktu ketika beliau sihat. Setelah kaki beliau dipotong akibat penyakit kencing manis yang serious, isteri beliau terpaksa keluar bekerja dengan pendapatan RM800 sebulan.

Menurut isteri beliau, dua daripada anak mereka sudah berkeluarga dan tinggal di negeri lain. Mereka juga yang berpendapatan rendah. Anak bongsu mereka bekerja di bahagian housekeeping di hotel.

Keluarga beliau tidak menerima bantuan dari JKM, Baitulmal atau mana-mana pihak kebajikan.

Isteri En Shamsuddin ada bercakap hasrat mereka untuk adakan tandas di dalam bilik suaminya untuk memudahkan beliau. Tidak mudah untuk En Shamsuddin ke tandas mereka, yang ada dua anak tangga, dengan kerusi roda. Pada waktu siang semasa isteri dan anak keluar kerja, mereka sediakan beliau dengan satu tong untuk tujuan membuang air.

Minggu lepas sukarelawan The Thirdforce Perak hanya pergi melawat untuk menghantar sumbangan beras dan barangan dapur yang lain.

Buat masa ini apa yang kami nampak En Shamsuddin sangat memerlukan adalah sebuah tandas yang boleh memudahkan beliau ke bilik mandi dan tandas. Team TF Perak dan PPRT di Pangkor bercadang untuk bergotong-royong membina tandas tetapi mereka memerlukan dana untuk membeli bahan pembinaan.

Inilah mesej dari wakil TF di Pangkor berkenaan bahan pembinaan yang diperlukan untuk pembinaan bilik air Abang Din.

5’×6′ luas
Zink kilang 2 keping
Frame pintu besi 1
Mangkuk jamban 1
Palang oku 2
Paip 4 inci 2 batang
Pintu plastik 1
Bata seribu
Simen 10 beg

Kami juga akan panjangkan cerita ini pada pihak berkenaan untuk menyalurkan bantuan kepada mereka sekeluarga.

Teruskan bersama The Thirdforce Perak. Kalau bukan kita siapa lagi.

Kami berpisah pada jam 11.30 pagi.

Hubungi wakil Thirdforce Perak di Pangkor untuk update tentang program bantuan
En Shamsul Izwan
H/P: +60175147335

Dilaporkan oleh
Miss Cheah
The Thirdforce Perak
3 Oktober 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *