home Latest News PROGRAM EDARAN BARANGAN DAPUR KEPADA KELUARGA FAKIR MISKIN

PROGRAM EDARAN BARANGAN DAPUR KEPADA KELUARGA FAKIR MISKIN

PROGRAM EDARAN BARANGAN DAPUR KEPADA KELUARGA FAKIR MISKIN

TAWAU_ 14 Oktober 2018 | Alhamdulillah hari ini sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah telah mengedarkan barangan dapur seperti beras, gula, tepung, susu, teh, kicap, minyak masak, mee kering Ranggu, biskut, mee goreng sedap dan mee soto kepada 32 ketua keluarga fakir miskin di sini.

Image may contain: 1 person, smiling, standing
mengedarkan barangan dapur seperti beras, gula, tepung, susu, teh, kicap, minyak masak, mee kering Ranggu, biskut, mee goreng sedap dan mee soto kepada 32 ketua keluarga fakir miskin di sini.

Semoga bantuan perbulan ini yang telah berjalan lebih kurang 7 tahun akan tetap terlaksana bagi membantu para fakir miskin meneruskan kehidupan mereka. Pengisian rohani dan bimbingan untuk mereka keluar dari kepompong kemiskinan sangat mereka perlukan. Jom sahabat-sahabat di luar sana mari kita bersama membantu golongan ini. Mereka bukan orang lain, mereka ini sebangsa setanah air kita dan paling penting sebilangan besar adalah saudara muslim kita.

Terima kasih kami ucapkan kepada seluruh barisan sukarelawan kami yang sudi meluangkan masa, tenaga, wang ringgit untuk menjayakan misi kali ini daripada adik-adik di Warkop Budak Kaki 5. Setinggi penghargaan juga kami ucapkan kepada Pertubuhan Peladang Kawasan Tawau yang sudi menyumbangkan beras untuk para fakir miskin ini termasuk SabahRice. Kami turut berterima kasih kepada keluarga besar PERKALAS@The 3rd Force Sabah kerana tidak pernah lelah bersama kami menjayakan sebarang bentuk misi kemanusiaan PERKALAS@The 3rd Force Sabah.

In sya Allah ada waktu terluang boleh sertai kami untuk bantuan fasa ke 3 misi menghantar bantuan barangan dapur di Tawau dan daerah lain.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *