home Third Force BANTUAN BAIK PULIH DINDING RUMAH FAKIR MISKIN

BANTUAN BAIK PULIH DINDING RUMAH FAKIR MISKIN

BANTUAN BAIK PULIH DINDING RUMAH FAKIR MISKIN

TAWAU _ 15 Oktober 2018 | Alhamdulillah petang tadi team sukarelawan PERKALAS @ The 3rd Force Sabah masih diberi ruang untuk membuat kerja-kerja kecil bagi membantu golongan yang memerlukan. Fokus kali ini ialah suami isteri yang hidup kekurangan.

Image may contain: 2 people, people smiling, people standing and outdoor
sukarelawan Thirdforce membantu Pasangan suami isteri ini menggunakan kanvas sebagai dinding rumah kerana tidak mampu membeli bahan papan lapis atau papan sebagai dinding.

Pasangan suami isteri ini menggunakan kanvas sebagai dinding rumah kerana tidak mampu membeli bahan papan lapis atau papan sebagai dinding. Apabila hujan si isteri yang juga penderita penyakit strok sering mengadu mereka basah kuyup dan kedinginan di dalam pondok ini.

Namun apakan daya suami akak ini hanya mengambil upah mengait kelapa sawit yang pendapatannya cukup sekadar membeli ubat untuk isterinya sisanya sedikit untuk makan minum mereka berdua. Alhamdulillah telah hampir setahun menjadi asnaf di bawah seliaan kami bagi mendapatkan bantuan barangan dapur perbulan.

Hari ini papan lapis water proof dan paku telah diserahkan kepada pasangan suami isteri ini untuk menggantikan kanvas usang sebagai dinding rumah mereka. Maafkan kami ya Allah atas kekurangan hanya ini untuk saat ini yang kami mampu. In sya Allah ada rezeki pasti akan memperbaiki lagi pondok ini agar lebih selesa terutama tangki air dan dinding dapur yang mula reput.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *