home Education BANTULAH AB RAHMAN UNTUK KE SEKOLAH

BANTULAH AB RAHMAN UNTUK KE SEKOLAH

BANTULAH AB RAHMAN UNTUK KE SEKOLAH

14 Oktober 2018 (Rantau Panjang) | Pada 8/10/2018 minggu lepas Thirdforce Rantau Panjang di ketuai Kak Mah sempat membantu membawa anak -anak asnaf yang ada kecacatan pelbagai jenis dibawah seliaan kita ke klinik kesihatan di Rantau Panjang untuk membuat kad oku. Salah seorang darinya bernama Ab Rahman . Mereka perlu ke Hospital Lati di Pasir Mas untuk menjalani pemeriksaan x tray terlebih dahulu kerana di klinik kesihatan Rantau Panjang tidak mempuyai mesin x tray. Usaha untuk mendaftarkan memohon kad OKU anak-anak ini tidaklah semudah yang disangka.

Bayangkan majoriti dari mereka adalah dari golongan miskin dan kenderaanpun tak ada untuk kesana sini. Abdul Rahman b Mustapha merupakan anak ke 2 dari 4 beradik. Anak ini tinggal bersama ibu dan bapanya serta seorang iaitu Ab Manaf bin Omar yang berusia 81 tahun. Bapa Ab Rahman berumur 61 tahun dan ibunya Mek Yah bt Hamid berumur 41 tahun. Abd Rahman mempunyai seorang adik perempuan yang berumur 5 tahun dan seorang adik lelaki berumur 3 tahun.

Image may contain: 3 people, people standing and indoor
sukarelawan Thirdforce Rantau Panjang membawa Adik Ab. Rahman ke Hospital Lati di Pasir Mas untuk menjalani pemeriksaan x tray untuk membuat Kad Orang Kelainan Upaya (OKU)

Kakak Ab Rahman Adik Noraini sedang belajar di tingkatan satu di Sekolah Menengah Rantau Panjang.Semasa peperiksaan UPSR tahun lepas, Noraini Berjaya memperolehi pencapaian 3A3B dan telah mendapat tawaran ke sekolah kluster Agama Arab di SMKA Lati. Namun kesempitan hidup mereka sekeluarga telah menyebabkan tawaran tersebut terpaksa di tolak. Noraini berada didalam tingkatan Ik1 di SMK Rantau Panjang sekarang yang mana semua murid dalam kelasnya ini adalah murid2 yang cemerlang dalam pelajaran .Noraini juga mendapat biasiswa sekolah serta makanan percuma semasa berada diasrama. Keadaan keluarganya yang serba kekurangan tidak mematahkan semangat anak ini untuk terus belajar.

Ab Rahman si adik juga ingin bersekolah seperti kakaknya. Itulah yang diluahkan kepada saya semasa membawanya menjalani x ray di Pasir Mas kerana ibubapanya tidak mampu untuk membawa anak ini menjalani X ray disebabkan tiada kenderaan dan kekangan kewangan. Keluarga ini tidak mempunyai kereta mahupun motosikal. Basikalpun tak ada.

Setelah selesai urusan X ray di Pasir Mas ,saya terus membawa keputusan x ray balik ke Rantau Panjang untuk diserahkan kepada doktor. Kerja bantu orang miskin ini kena ada satu perasaan dan kekuatan luar biasa sebab ianya bukan sesuatu yang mudah. Apatah lagi kita sukarelawan inipun bukannya orang senang. Namun pesan abangraja sentiasa kita pegang … “Allah sedang melihat. kita bantu orang Allah bantu kita”. Itulah kekuatan yg kak mah ada dalam membantu mereka ni semua.

Bagi keluarga adik Ab Rahman, kesempitan hidup yang mereka alami membataskan segala-galanya. Ab Rahman dilahirkan dengan sedikit kecacatan ianya terdapat sediit kekurangan tulang di pangkal pahanya. Dengan kekurangan itu mengakibatkan cara beliau berjalan menjadi sedikit terumbang ambing, tetapi tidaklah sampai terjatuh. Dari apa yang diceritakan oleh ibunya, Ab Rahman tidak dibenarkan kesekolah oleh pihak sekolah lama beliau. Tahun ini sudah tiga tahun Ab Rahman tidak ke sekolah. Mungkin pihak sekolah ada sebab tertentu yang mana tidak membenarkanya ke sekolah. Ab Rahman hanya sempat belajar beberapa bulan sahaja sebelum diarahkan berhenti sekolah.

Sebelum belajar didalam darjah satu, Ab Rahman belajar di Tadika yang mana jaraknya 600 meter dari rumah dan beliau hanya ke Tadika tersebut berjalanan kaki saja tanpa bantuan. Namun kita kesian sangat bila mendapat tahu beliau tidak dibenarkan kesekolah disebabkan kecacatannya dan cara beliau berjalan yang senget dan seperti tak stabil itu. Ibunya ada memberitahu yang cikgu mengesyorkan Ab Rahman belajar di sekolah Khas untuk anak-anak OKU. Bagi ibubapa Ab Rahman mana mungkin dia dapat menghantar Ab Rahman kesekolah khas yang berada di bandar kerana jaraknya yang mana lebih kurang 4 km dari rumah dan mereka tiada kenderaan untuk ulang alik.

InsyaAllah kita sama-sama usahakan sebiji motor untuk ayah adik Ab Rahman ini ok tak? Motor second hand pun takpe. Lepas ni InsyaAllahh kita juga merancang utk bawa adik Ab Rahman ke hospital utk rawatan lanjut masalah kecacatan tulang pahanya ini. Mana tahu perlukan pembedahan ke. Sama-sama doakan ya…Bapa Ab Rahman sebelum ini berkerja sebagai penoreh getah … Jika hari tak hujan dalam seminggu dapatlah 300 ringgit. Namun sudah 2 tahun beliau tidak dapat menoreh getah, kerana getah telah tua, ditebang dan proses penanaman semula dilakukan. Ibunya tidak berkerja. Sekrang bapanya berkerja sebagai kuli dikedai getah didalam kampungnya.3 kali seminggu dengan pendapatan 50 ringgit sehari.Dengan pendapatan 150 semnggu inilah yang digunakan untuk menyara keluarga.

Kunjungan thirdforce ke rumah mereka juga menyaksikan kehidupan yang sangatt sederhana. Dirumah mereka tiada tv, tiada peti ais tiada perabut. Hihup mereka sekeluarga hanya kais pagi makan pagi. Setelah menyerahkan keputusan x ray, doktor melihat dan menyatakan , kes ini perlu dirujuk kepada pakar tulang di hospital Kota Bharu. Satu tarikh akan di beritahu dan saya akan membantu memudahkan urusan adik Ab Rahman. InsyaAllah. Doktor juga menyatakan bahawa Ab Rahman boleh kesekolah sebenarnya. Kecacatan yang dialami bukanlah sesuatu yang menghalangnya untuk meneruskan persekolahan.

Kita tidak menyalakan pihak sekolah yang sebelum ini , mungkin pihak sekolah mempunyai alasan tersendiri yang mana tidak membenarkan Ab Rahman meneruskan persekolahan. Tapi kita akan berbincang dan meminta jasa baik pihak sekolah agar dapat membenarkan Ab Rahman kesekolah dan memulakan persekolah semula pada tahun hadapan.Masa depan anak ini masih jauh. Dengan keadaan ekonomi dan pelbagai kekangan keluarga ini mana mungkin anak ini akan di hantar ke sekolah khas.

Melihat kecerian dan kebijaksanaan Ab Rahman bercakap dan menjawab soalan diajukan oleh doktor, para doktor yang memeriksa beliau sanggup untuk berbincang dengan pihak sekolah agar membenarkan semula Ab Rahman ke sekolah. Andaikata cikgu memerlukan surat sokongan dari doktor , surat sokongan itu akan dikeluarkan oleh doktor asalkan Ab Rahman dapat bersekolah semula. Jutaan terima kasih diucapkan kepada para doktor yang banyak membantu.

Kehadiran Ab Rahman yang hadir ke hospital hanya bersama saya tanpa ditemani ibu dan ayahny menimbulkan persoalan doktor. Saya memberitahu mereka saya adalah wakil thirdforce Rantau Panjang dan kita cuba membantu adik AbRahman supaya dapat belajar semula. Apa yang perlu adalah perbincagan yang baik dengan semua pihak yang terlibat dan membuahkan hasil yang terbaik untuk masa depan adik Ab Rahman, itulah yang kita inginkan. Sama-samalah kita berdoa agar urusan kami membantu adik Ab Rahman di permudahkan oleh Allah .

Untuk bantuan kepada adik Ab Rahman bolehlah hubungi saya di 012-949 2923 (Kak Mah) atau PM ke inbox facebook page abangraja ini. Plan kita adalah untuk memberikan sedikit kegembiraan kepada keluarga miskin ini.

Saya dengan ini melancarkan program bantuan khas AB RAHMAN MAHU KE SEKOLAH untuk membeli motosikal kepada keluarga adik Ab Rahman agar ianya dalat memudahkan bapa anak OKU ini untuk menghantarnya ke sekolah.

Keluarga besar thirdforce jommmm kita rebutkan saham akhirat ini. 👍

Jom jadi orang baik

Kak Mah
Thirdforce Rantau Panjang
14 oct2018

#adikabrahman
#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce
#rajashamri2022
#tfrantaupanjang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *