home Latest News PROGRAM MENYANTUNI PARA BURUH DAN ANAK-ANAK MEREKA DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

PROGRAM MENYANTUNI PARA BURUH DAN ANAK-ANAK MEREKA DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

PROGRAM MENYANTUNI PARA BURUH DAN ANAK-ANAK MEREKA DI TAPAK PELUPUSAN SAMPAH

TAWAU _ 21 Oktober 2018 | Ketika menyebut tentang sampah pasti yang terlintas difikiran kita ialah bau busuk, menjijikan dan berusaha untuk tidak memikirkannya. Namun di satu lokasi di setiap daerah di Sabah ada golongan yang menjadikan sampah ini sebagai sumber untuk mereka terus hidup.

Masyarakat kampung sampah Bukit Gemuk, Tawau, Sabah salah satu lokasi yang menempatkan seluruh sampah di Tawau. Di sini ada lebih kurang 120 orang manusia yang hidupnya telah belasan tahun bergelumbang dengan sampah sarap untuk mencari nafkah.

Image may contain: 1 person, smiling, outdoor and nature
“Anjing liar, lalat, tikus, lumpur dan bau busuk telah menjadi sahabat mereka setiap hari”.

Anjing liar, lalat, tikus, lumpur dan bau busuk telah menjadi sahabat mereka setiap hari. Di sini sampah sarap merupakan satu berkah tersendiri bagi mereka. Botol, tin, kotak, besi buruk akan mereka kumpul dan jual kepada syarikat kitar semula. Pendapatan mereka berkisar RM 250 hingga RM 600 sebulan.

Ada sekitar 40 pondok yang diperbuat daripada papan lapis, kayu, zink dan kanvas buangan yang dibina sebagai mahligai mereka berteduh dari panas dan hujan semenjak belasam tahun lalu. Mereka beranak pinak di sini tanpa kemudahan asas lain seperti bekalan air bersih dan elektrik.

Alhamdulillah hari ini kami turun bersama menyantuni mereka dengan sarapan pagi (nasik kuning ayam+roti+ mineral water) dan agihan makan tengahari (nasik campur+ jus jagung+mineral water). Semua ini sederhana namun cukup bermakna kepada mereka di tapak pelupusan sampah ini. Rasa peduli sesama manusia itu yang terpenting.

Semoga program sebegini boleh menjadi asbab untuk kita lebih bersyukur dan mengikis sifat bakhil pada diri yang semakin menebal. Kami daripada sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua team yang terlibat. Antaranya ialah Lowcost Cafe Nel Sambora SantiagoDesantos, Ustaz Alias Hj Idris penasihat Geng Street Dakwah, rakan-rakan guru daripada MRSM Tun Mustafa Tawau, dan kedai roti Najwa. Semoga kita semua dirahmati Allah.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *