home Medical UPDATE: BANTUAN UNTUK 2 WARGA EMAS YANG BUTA

UPDATE: BANTUAN UNTUK 2 WARGA EMAS YANG BUTA

UPDATE: BANTUAN UNTUK 2 WARGA EMAS YANG BUTA

SITIAWAN, 20 Oktober 2018 | Pagi tadi selepas selesai urusan kerja, seramai 6 sukarelawan Third Force Perak telah melawat Opah Zaharah dan Opah Zabedah di Kampung Lumut Kiri
Kunjungan kali ini bagi menyampaikan sumbangan kepada dua warga emas OKU disamping menanyakan khabar terkini tentang kesihatan Opah Zaharah (59 tahun).

Image may contain: 2 people, people standing
menyampaikan sumbangan kepada dua warga emas OKU disamping menanyakan khabar terkini tentang kesihatan Opah Zaharah (59 tahun).

Setibanya kami sampai di rumah mereka, kami disambut dengan senyuman oleh Opah Zabedah
Menurut abang ipar mereka, Rn Osman bin Jantan, Opah Zaharah dilahir dengan kecacatan di kaki. Kedua-dua adik-beradik warga emas menjadi buta bila dewasa.
Keadaan Opah Zaharah bertambah buruk setelah abangnya mati lemas. Semenjak itu badan beliau menjadi lemah dan banyak baring dikatil.

Kami juga diberitahu oleh En Osman bahawa hanya Opah Zaharah yang ada kad OKU dan menerima bantuan RM350 sebulan dari JKM. Anak En Osman dan Ketua Kampung Lumut Kiri akan berusaha mendapatkan kad OKU untuk Opah Zabedah pada masa akan datang.

Opah Zaharah sangat memerlukan lampin dewasa pakai buang saiz L. Kedua-dua OKU ini juga memerlukan kain batik.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyumbang yang sentiasa bersama kita. Semoga kita terus bersama dalam gerak kerja kemanusiaan ini.

Jom jadi orang baik-baik

Laporan oleh
Miss Cheah
Thirdforce Perak
20 Oktober 2018

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *