home Construction UPDATE BANTUAN PEMBINAAN RUMAH ANAK YATIM 4 BERADIK DI GONG DATUK PASIR PUTEH KELANTAN

UPDATE BANTUAN PEMBINAAN RUMAH ANAK YATIM 4 BERADIK DI GONG DATUK PASIR PUTEH KELANTAN

Update bantuan pembinaan rumah anak yatim 4 beradik di Gong Datuk Pasir Puteh Kelantan. Kerja-kerja pembinaan masuk fasa plaster dan kita menjangkakan dalam seminggu ni siapalah kerja-kerja pembinaan ini.

Image may contain: 2 people, people sitting
ayuh sama-sama kita bantu anak yang baik ini. anak tanpa kasih sayang kedua ibubapa yang telah meninggal dunia 1 tahun lepas kini menunpang kasih dengan kakaknya. jomm kita sama-sama bantu adilk ini

Lepas ini nak gotong royong mengecat pulak dan kita harap Allah akan datangkan ramai tenteraNya orang baik-baik utk terus bantu kita sebagaimana projek-projek  bantuan lain sebelum ini. Ada banyak perkara juga yang kita perlu bantu anak-anak ini bukan sekadar bina rumah then thats it…

Abangraja tengah merancang plan bantuan komprehensif untuk anak-anak yatim ini terutama bantuan persekolahan, motivasi serta program agama. Salah senorang anak yatim tersebut yang berusia 8 tahun selalau tak kesekolah. Sewaktu kunjugan abangraja tempoh hari nampak jelas sangat dari air mukanya rasa rendah diri yang melampau serta hidup tanpa arah tuju.

Makanan kesihatan juga boleh kita sama-sama infaqkan…

Jommm semua keluarga besar thirdforce di seluruh malaysia kita rebut saham akhirat masing-masing. Hubungi abangraja whatsapp 017-3872232 atau mesej ke inbox Facebook page abangraja untuk detail bagaimana boleh sama-sama membantu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *