home Latest News TANGIS BISU ANAK ADAM DI CELAH LONGGOKAN SAMPAH UNTUK SEBUAH KEHIDUPAN

TANGIS BISU ANAK ADAM DI CELAH LONGGOKAN SAMPAH UNTUK SEBUAH KEHIDUPAN

TANGIS BISU ANAK ADAM DI CELAH LONGGOKAN SAMPAH UNTUK SEBUAH KEHIDUPAN

TAWAU _ 9 April 2019 | Sejak empat tahun lalu kami kenali mereka, kami turun bersama mereka menikmati aroma yang cukup membuat kesedaran tentang sebuah penderitaan yang tidak pernah terpeduli. Berbaur sampah sarap, cecairan hanyir dari hasil buangan manusia bandar, anjing liar di sana sini, lalat berterbangan bersama ratusan burung bangau merupakan pemandangan asli kawasan ini.

Ada anak-anak kecil berbekalkan besi kait dan sarung tangan lusuh bersungguh mengumpul sampah sarap yang terdiri daripada botol, kertas, kotak, plastik ke dalam guni. Di usianya kebanyakan anak-anak lain bersekolah namun dia menganyam pendidikan di universiti kehidupan. Gurunya adalah timbunan sampah, gurunya adalah peluh dari panas mentari, guru kelas tambahannya pula ialah aroma busuk yang menghapuskan deria hidu tentang keperitan.

Tidak disedari generasi baru yang merupakan adik kanak-kanak ini baru lahir di sebuah pondok di tengah-tengah lautan sampah sarap. Adakah adiknya ini akan mewarisi pekerjaan si abang??? entah aku tak tahu.

Di sini juga ada manusia kulitnya telah mula kendur dan rupa parasnya juga telah berkeriput. Itu tanda usianya suda mencapai golongan warga emas. Tapi kesihan terpaksa bersahabat dengan sampah sarap untuk meneruskan hidup. Mereka perlu bersaing dengan tenaga muda disekitarnya yang begitu pantas dan cergas mengumpul belbagai buangan sampah sarap untuk dijual kepada para peraih barangan kitar semula.

Pagi ini sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah berserapan menu nasik kuning bersama buruh di tapak pelupusan sampah. Ada sesuatu yang agak lain sarapan pagi ini. Selain aroma yang menyengat ada sampah sarap berlendir dihadapan para sukarelawan. Ya Allah bagaimana mungkin sahabat-sahabat seagama ku dan sebangsa ku boleh bertahan hidup dalam keadaan sebegini malah ada yang beranak pinak di kawasan ini.

Semoga malam nanti aku boleh tidur lena lalu bermimpi bertemu para doktor, guru, jutawan, ustaz dan ustazah untuk kuceritakan impian masyarakat di sini. Tentang kisah penderitaan mereka dan isi hati mereka. Kami mahu mengulangi saat ramadhan seperti tahun-tahun sebelumnya bersama berbuka puasa di tempat ini. Saat hari raya Qurban bersama menjama daging lembu daripada orang-orang budiman. Akan adakah lagi kuih raya dan buah qurma di ramadhan ini untuk mereka aku pun belum pasti. Semoga Pek Ramadhan dan Syawal akan terkumpul dengan banyak untuk tahun ini.

…. Masih adakah lagi harapan untuk mereka????…

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA"

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *