home Third Force ZIARAH NENEK RAMLAH

ZIARAH NENEK RAMLAH

“Nenek dah makin uzur… Tak mampu lagi nak berjalan ke surau…" bisik Nenek Ramlah sewaktu kita menziarahi nenek semalam.

Kisah nenek Ramlah yang hidup sebatang kara di dalam sebuah pondok hampir roboh dibuat dari batang dan ranting kayu hutan berdindingkan banner kempen pilihanraya parti politik pernah kita viralkan satu masa dulu.

2 tahun lebih nenek tinggal dalam bangsal seperti itu setelah rumah nenek terbakar. Suami nenek telah lama meninggal dan nenek berteduh sambil menumpang kasih cucu tirinya yang juga ada anak oku.

Abangraja yang menangis teresak esak kali pertama menemui nenek di kuala krai waktu itu terus melancarkan bantuan membina rumah untuk nenek. Dalam masa sebulan kita akhirnya siapkan sebuah rumah untuk nenek dan cucunya tinggal.

Kini dah 4 tahun berlalu. Abangraja dan thirdforce dah lama tak ziarah nenek Ramlah dan cucunya hinggalah semalam. Kerinduan nenek Ramlah pada susuk tubuh insan kurang upaya yang telah membina rumah untuknya ini dan mengeluarkan nenek dari kelam dan muram saru masa dulu sangat ketara sekali.

Sesampai saja kami di rumahnya terus nenek bercerita macam-macam. Nenek mengadu dia tak boleh dah nak berjalan sakit kaki katanya.

Kalaulah kita boleh usahakan kerusi roda untuk nenek. Nenek selalu masuk hospital sekarang. Kolestrol dan tekanan darah. Nenek hulurkan tangan mintak abangraja picit picit tapak tangannya semalam sejurus abangraja duduk sebelah nenek. Nenek cakap tapak tangan nenek selalu kebas-kebas.

Menziarahi asnaf yang pernah kita sama-sama bantu bersama sebagai satu keluarga besar thirdforce orang baik-baik benar-benar menginsafkan.

Bersyukurlah semua jiwa jiwa murni diluar sana yang terus bersama abangraja dan thirdforce menyokong perjuangan dan usaha membantu orang miskin ini. Disini lah sumbangan kalian kita semua salurkan dan hayatilah betapa besarnya impak yang sama-sama kita dapat berikan kepada mereka.

Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita dan kekalkan kita dalam rahmatnya.

InsyaAllah.

Hubungi abangraja www.wasap.my/60173872232

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

The people from Rich Mille informed me that fake richard mille this bezel is actually corrosion-proof, exceptionally inflexible and also very resistant to impacts.