home Education BAWA ADIK ROHANI KE IPG KUALA LIPIS

BAWA ADIK ROHANI KE IPG KUALA LIPIS

Seawal lepas subuh kami bergerak terus ke IPG Lipis daei hotel. Mungkin inilah permulaan baru kepada masa depan yang bakal merubah nasib anak yatim piatu ini dan adik-adik serta neneknya.

Kami bersarapan di IPG dan adik Rohani begitu tekun mentelaah nota-nota yang di sediakan oleh guru-guru, abangraja dan keluarga thirdforce lain. Nenek Fatimah sentiasa disisi dan kami hanya melihat dari jauh dengan seribu doa.

Mukanya seperti sedikit gementar. Namun langkahnya menjadikan hati sebak mengenangkan segala kesusahan dan keperitan hidup yang beliau hadapi dari kecil menjaga adik-adik dan neneknya setelah ibu dan ayahnya meninggal.

Beliau anak yang hebat dan kejayaannya dalam SPM dulu adalah bukti jelas kualiti yang ada dalam dirinya. Dia ambil seni walaupun aliran sains tulen. Kerja tangannya dengan arca sangat halus dan luar biasa anugerah Allah padanya. Dia nak jadi cikgu seni. Itulah yang dibisikkan pada kami bila abangraja tanya cita-citanya semalam.

Good luck adik Rohani.

Yoe
Sukarelawan Thirdforce
IPG Lipis
23 April 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *