home Education HARI SUKAN SEKOLAH BERSAMA THIRDFORCE

HARI SUKAN SEKOLAH BERSAMA THIRDFORCE

Pagi tadi bertempat di SK Kampong Raja Pasir Puteh, Thirdforce turun bersama-sama membantu menjayakan hari sukan sekolah yang turut dihadiri pengasas gerakan kemanusiaan ini iaitu Tn Hj Raja Shamri sendiri atau abangraja.

Abangraja yang dijemput untuk merasmikan acara perasmian penutup hari sukan sekolah tersebut dalam ucapannya menekankan pentingnya penglibatan ibubapa dalam program sekolah. Beliau yang juga Pengerusi PIBK SK Kampung Raja sempat menyaksikan perlawanan memanah yang diadakan khas untuk ibubapa dan guru-guru.

Suasana meriah bilamana ibubapa dari pelbagai latar belakang hadir ke padang untuk belajar memanah dan seterusnya bertanding memanah di bantu oleh adik-adik sukarelawan thirdforce.

Program pembangunan dan bantuan untuk anak-anak sekolah di pedalaman seperti ini adalah antara manifestasi usaha abangraja untuk memberikan kepelbagaian kepada kerja-kerja kemanusiaan thirdforce. Ianya adalah antara 50 cabang program pembangunan modal insan dari Master Plan atau Blue Print gerak kerja thirdforce yang di umumkan abangraja di awal penubuhannya dulu yang di namakan RS50 (Rakyat Sejahtera 50).

Sekolah ini (SK Kampung Raja) adalah sekolah yang telah membina diri abangraja dengan foundation yang sangat kukuh sewaktu beliau kecil dulu hingga menjadikan abangraja berjaya hingga ke hari ni. Bagi abangraja sendiri, berdiri lagi atas padang yang sama pada hari ini setelah berpuluh tahun di tinggalkan tapi sebagai perasmi hari sukan sekolah pula pada hari ini menggamit memori beliau sewaktu kecil dulu bermain acara lari dalam guni di atas padang yang sama ini.

Kisah hari sukan dan acara lari dalam guni ini adalah kisah nostalgia yang sering abangraja kongsikan dalam program ceramah beliau bersama ibubapa dan pelajar tentang pengorbanan seorang ayah untuk beli baju t shirt putih untuk anaknya yang cacat nak main sukan, tentang peranan guru besar dan guru-guru yang positif dan juga tentang peranan masyarakat dalam membina seorang insan kerdil dilahirkan cacat bangkit berjuang mencipta kejayaan demi kejayaan.

Sesungguhnya anak-anak hari ini adalah pewaris bumi ini di masa hadapan. Kerana itulah abangraja dan thirdforce begitu determined dan passionate bila membantu anak-anak di peringkat sekolah rendah lagi kerana pembentukan insan hebat bermula dari sini.

Terima kasih Sk kampong Raja atas jemputan.
Terima kasih kepada semua sukarelawan TF yang bertugas

Jommm jadi orang baik-baik

-TF MEDIA-

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *