home Religion AWAN JUGA MENANGIS MENGIRINGI JENAZAH TOK AMIRUL

AWAN JUGA MENANGIS MENGIRINGI JENAZAH TOK AMIRUL

AWAN JUGA MENANGIS MENGIRINGI JENAZAH TOK AMIRUL

LAHAD DATU_ 29 APRIL 2019 | Report yang paling susah nak aku buat ialah apabila bersangkut paut dengan kematian sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah atau kematian asnaf di bawah seliaan kami. Pasti mengambil masa mengumpul kekuatan untuk mencantumkan ayat demi ayat.

Bukan senang kehilangan mereka yang telah bertahun bersama. Mereka ini ibarat keluarga besar kami setiap bulan pasti akan bertemu dan berkongsi cerita suka dan duka bersama. Tiba-tiba Allah menjemputnya hanya doa untukmu Tok Amirul. Orang tua yang kaya dengan kesabaran. Jika malam pondok buruknya bergema dengan lantunan zikir sufi yang mengasyikkan. Serban buruknya tidak pernah terlepas dari kepalanya.

Kemiskinan dunia yang membuat kami dipertemukan dalam gerak kerja kemanusiaan ini. Arwah Tok Amirul salah satu warga emas daripada ratusan asnaf di bawah seliaan kami sejak tiga tahun lalu. Tinggal sebatang kara di pondok buruk itu. Hari ini adalah hari terakhir kami berbakti kepadanya menguruskan kain kafan, memandikan jenazah, membuat usungan keranda daripada bambu tanda serba kekurangan sehinggalah solat dan mengebumikan jenazahnya.

Allah mempermudahkan para sukarelawan dan jiran tetangga menguruskan segalanya. Walau hidup dalam kemiskinan Allah percukupkan segalanya di hari terakhirnya. Walau hujan turun dengan lebat semua proses berjaya di siapkan. Terima kasih kepada koordinator kami di Lahad Datu Ayahanda Kidal, para sukarelawan dan semua warga yang ringan tangan turun membantu. Hanya Allah yang layak memberikan ganjaran untuk sekalian semua. Hidup hanya sekali oleh itu berbakti lah kepada makhluk Tuhan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami 
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA"

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *