home Third Force UPDATE PEMBINAAN DEPOT KEMANUSIAAN PERKALAS@THE 3RD FORCE SABAH

UPDATE PEMBINAAN DEPOT KEMANUSIAAN PERKALAS@THE 3RD FORCE SABAH

TAWAU_ 4 MAY 2019 | Alhamdulillah depot kemanusiaan kami telah masuk ke fasa akhir pembinaannya. Hari ini pagar hijau untuk dinding telah mula dipasang. Proses mengecat akan disiapkan hari ini. Warna yang dipilih untuk tema ialah kuning yang melambangkan keceriaan dan kegembiraan.

Tikar getah juga telah disediakan oleh sukarelawan dan akan dipasang secepatnya. In sya Allah ini akan menjadi tempat mengaji Quran untuk anak-anak, mengenal ABC, Mengira dan kemahiran hidup yang lain. Depot ini juga berfungsi untuk pusat berkumpul untuk agihan sumbangan kepada golongan yang memerlukan.

Semoga rakan-rakan ustaz dan ustazah boleh meluangkan masa bersama membantu mengadakan pelbagai program di sini seperti kursus pengurusan jenazah, kursus menyembelih ayam dan kambing dan kursus kemahiran yang lain kepada rakan-rakan lain.

Saat ini apa yang diperlukan ialah beberapa barangan keperluan seperti :

1) Tikar sembahyang
2) Naskah Al Quran
3) Buku-buku agama
4) Rak buku
5) Nasqah Iqra
6) Rehal 80
7) Alqt tulis dan buku 80
8) Tangki air

Jom imarahkan Ramadhan 2019 dengan amal ibadah salah satunya perbanyakkan bersedekah atau berkongsi kepada mereka yang memerlukan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami 
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA"

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *