home Latest News AKTIVITI MENYAMPAIKAN PEK RAMADAN KEPADA KELUARGA PN MUSLIHA

AKTIVITI MENYAMPAIKAN PEK RAMADAN KEPADA KELUARGA PN MUSLIHA

AKTIVITI MENYAMPAIKAN PEK RAMADAN KEPADA KELUARGA PN MUSLIHA

SERI MANJUNG, 8 Mei 2019 (Rabu)

Sukarelawan The Thirdforce Perak, Pn Latifah Mohd Hussain telah ziarah dan menyampaikan Pek Ramadan kepada keluarga Puan Musliha Haraya bt Samion, 38 tahun (duduk di tengah) yang tinggal di Seri Manjung.

Kaki suami Pn Musliha patah akibat kemalangan jalanraya pada awal tahun ini dan buat masa ini tidak boleh bekerja. Pada masa ini Puan Musliha sahaja yang kerja sebagai pembantu digerai makanan untuk menampung kos perbelanjaan harian.

Pasangan ini ada 4 orang anak. Anak sulung mereka menghidapi penyakit saraf dan memerlukan rawatan di hospital.

Tahun ini kami di Thirdforce Perak bekerjasama dengan Unit Kebajikan & Kerjasama NGO KV Seri Manjung untuk menjalankan Program Imarah Ramadan.

Kami amat bersyukur berkesempatan menunaikan amanah penyumbang bagi menyampaikan Pek Ramadan kepada keluarga Pn Musliha.

Kepada mereka yang ingin turut sama-sama membantu bolehlah PM ke inbox facebook page The Thirdforce Perak.

Jommmm jadi orang baik-baik

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Dilapor oleh:
Miss Cheah
The Third Force Perak
Unit Kebajikan & Kerjasama NGO KVSM
8 April 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *