home Third Force PEK RAMADAN: BERKONGSI KASIH DAN SAYANG DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA.

PEK RAMADAN: BERKONGSI KASIH DAN SAYANG DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA.

PEK RAMADAN: BERKONGSI KASIH DAN SAYANG DI BULAN RAMADHAN YANG MULIA.

Agihan Pek Ramadhan di teruskan lagi oleh sukarelawan TF Perak, Pn Syuhada Apthaluddin, pagi ini kepada Makcik Noridah bt Noh (54 tahun) yang kerja sebagai pekerja pembersihan di asrama KV Seri Manjung.
SUMBANGAN BARANG DAPUR RINGAN BEBAN

SERI MANJUNG, 3 April 2019

Sukarelawan The Thirdforce Perak telah menyampaikan sumbangan bekalan dapur kepada Pn Noridah bt Noh, 54 tahun yang bekerja sebagai pekerja pembersihan di asrama KV Seri Manjung.

Selepas bertugas di KVSM, Kak Noridah akan ke Pasar Komuniti & Karavan (PAKAR) pada pukul 4.10 petang untuk melakukan tugas pembersihan di sana sehingga 10.30 malam. 
Kami berharap sumbangan yang disampaikan ini sedikit sebanyak meringankan beban dan menceriakan beliau yang terpaksa melakukan 2 kerja untuk menampung kos sara hidup beliau dan keluarga. Suami Kak Noridah yang berusia 60 tahun tidak mempunyai pendapatan tetap hanya bekerja kampung. Suaminya juga perlu menjaga kakaknya, seorang OKU. 
Tabah dan cekalnya hati ibu kepada 3 anak ini yang sanggup bekerja siang malam demi keluarganya.

Jutaan terima kasih kepada keluarga Thirdforce dan penyumbang kerana tidak pernah putus-putus terus menyokong gerak kerja THIRDFORCE.

Program Pek Ramadan ini adalah kolaborasi Third Force Perak bersama Unit Kebajikan & Kerjasama NGO KV Seri Manjung.

Pada yang ingin menyumbang boleh pm inbox di page FB Third Force Perak atau wasap Pn Rosni di 0195109006

JOM JADI ORANG YANG BAIK BAIK!!!

Together we are stronger.

Dilapor oleh
Miss Li Na Cheah
The Third Force Perak
Unit Kebajikan dan Kerjasama NGO KVSM
8 Mei 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *