TAWAU _ 7 MAY 2019 | Lapar dan dahaga di siang hari merupakan salah satu cabaran besar untuk umat Islam dalam bulan Ramadhan. Selama sebulan cabaran ini kita galas walau rintangannya cukup perit. Lain lagi menjaga mulut, mata, tangan, kaki, telinga dan hati dari pelbagai macam godaan di sekeliling kita.
Bagi si miskin yang hidup bergelandangan rasa lapar dan dahaga itu sudah menjadi rutin harian mereka. Mereka telah terbiasa dengan penderitaan tersebut. Sehingga jangan terkejut jika sisa makanan yang anda buang di tong sampah kadangkala menjadi santapan mereka untuk meneruskan kehidupan.
Namun siapakah yang sudi mengambil tahu masalah mereka???
Atas permasalahan ini kami mengambil inisiatif turun mengagihkan makanan kepada golongan ini sebagai bukti kasih sayang dan rasa peduli kepada sesama manusia samada di bulan Ramadhan atau di luar bulan ramadhan. Ianya telah berjalan sejak beberapa tahun yang lalu. Kekerapan agihan pula ialah dua tiga kali sebulan atau lebih tergantung masa terluang sukarelawan kami dan sumber kewangan yang ada. Alhamdulillah semakin hari semakin ramai yang sudi bersama kami dalam misi ini.
Jom terus berusaha berbuat kebaikan untuk mendapatkan keberkahan daripada Allah. Salah satu jalan kebaikan itu ialah berkongsi rezeki kepada golongan gelandangan atau fakir miskin di sekitar kita. Yakinlah harta mu tidak akan berkurang dengan kau bersedekah. Mari bersedekah yang dalam keadaan terbaik semoga yang Allah bagi juga yang terbaik.
Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/
atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA
anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamri
https://www.facebook.com/rajashamri/
JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!
“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA"
KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583