home Education, Volunteerism Ziarah Adik Afini

Ziarah Adik Afini

Semalam berkesempatan menghantar pelajar cemerlang Adik Afini ke rumahnya sambil menziarahi Ibunya Kak Idah yang terlantar koma sudah 4 tahun lebih. Kak Odah bergantung sepenuhnya dengan susu yang dimasukkan melalui saluran ke hidung. Selamam 4 tahun lebih beliau koma, anak-anaknya iaitu adik Afini dan Idham serta Paksu nyalah yg menguruskannya.

Adik Afini pelajar cemerlang PT3 yg memperolehi 8A satu-satunya pelajar yang mendapat keputusan sepertinya di sekolahnya bakal menyambung pelajaran di sekolah baru buka sesi persekolahan nanti. Thirdforce Pasir Mas telah menguruskan semua proses tersebut.

Abangraja ketika berbual dengan Afini di beritahu ibunya koma setelah selalu tidur lewat kerana buat kuih utk dijual keesokannya bagi menyara hidup mereka sekeluarga. Kesempitan hidup ibu tunggal ini memdambakan beliau dahulu untuk tidur lewat dan Kadang-kadang bangun seawal pukul 3 pagi untuk buat kuih bagi dijual. Katanya mungkin kerana selalu tidur lewat dan tak cukup rehat maka ibunya kena stroke dan terus koma hingga sekarang.

Adik Afini bercita cita mahu jadi seorang doktor. Beliau harap dapat membantu insan seperti ibunya satu hari nanti. Abangraja dan seluruh keluarga thirdforce merasa sangat terinspirasi dan kagum dengan anak ini. Baok budi pekertinya. Tinggi akhlaknya. Di uji Allah dari kecik namun tidak melemahkan semangatnya utk berjaya.

Kita akan menanggung perbelanjaan belajar Afini InsyaAllahh. Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmatnya insyaAllah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *