home Volunteerism 2020 BERAZAM TERUS SEBARKAN KASIH SAYANG KEPADA SESIAPAPUN

2020 BERAZAM TERUS SEBARKAN KASIH SAYANG KEPADA SESIAPAPUN

SANDAKAN_ 3 JANUARI 2020 | Alhamdulillah malam ini sukarelawan PERKALAS@TF SABAH meluangkan masa untuk menziarahi para sahabat gelandangan sambil berkongsi makanan dan minuman. Kaki lima kedai menjadi tempat mereka tidur tanpa sebarang alas untuk berehat. Mereka yang terlihat tidak siuman di mata manusia ini tetap meneruskan hidup mereka dengan cara tersendiri.

Jom kita berkongsi rezeki dengan mereka yang hidup dalam keadaan kurang bernasib baik ini di kaki lima atau lorong kedai di waktu malam. Mereka tidak meminta banyak. jika ada waktu lapang hulurkanlah walau sebungkus nasi dan sebotol mineral water. Pasti ini dapat mengubat rasa lapar dan mereka boleh tidur malam itu dalam kekenyangan.

Semoga sebungkus nasi dan mineral water itu dilakukan secara istiqamah dan dapat mengubat hati yang semakin hari semakin mementingkan diri sendiri. Pasang azam dalam hati di tahun 2020 ini untuk lebih peduli nasib para hamba Allah yang hidup dalam kekurangan. Yakinlah Allah maha melihat apa yang setiap hari bermain di lubuk hati kita yang paling dalam. Alangkah indah jika setiap waktu rasa ingin berbuat baik itu yang tertanam dalam hati.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA

anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamrihttps://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *