home Third Force Latihan Memanah Paralimpik 2020

Latihan Memanah Paralimpik 2020

Alhamdulillah pagi tadi sampai tengah hari sempat saya turun sekejap ke Lapang Sasar Memanah TF Archery di SK Kampong Raja Pasir Puteh. Saya jarang dapat bersama mereka lately ni lantaran kepadatan jadual dan tugasan seharian. Namun kita rasa amat teruja melihat kesungguhan para atlet yang datang berlatih terutama atlat Paralimpik.

Hari ini juga kita menerima kemasukan seorang lagi Atlet Paralimpik lelaki OKU Fizikal cacat kaki bernama Amirul. Seorang yang sangat positif dan hebat.

Program memanah paralimpik ini adalah antara udsaha saya untuk membina dalaman diri OKU dari golongan B40 terutatama yang berpotensi untuk dilatih menjadi atlet memanah paralimpik negara. Ianya bukan satu perkara yang mudah kerana perlunya kita memotivasikan individu OKU, keluarga dan ibubapa.

Program ini saya harapkan akan menjadi platform untuk OKU terlibat membina jaringan sosial seterusnya dapat berfungsi sebagai sebahagian dari ahli masyarakat. Ianya adalah sumbangan saya kepada negara dalam bentuk bantuan pembinaan modal insan melalui sukan dan juga membina dalaman diri OKU ini samada untuk menjadi usahawan dalam bidang sukan jika mereka berminat.

Semoga Allah berikan kekuatan dan petunjuk untuk saya teruskan usaha ini.

Terima kasih pegawai-pegawai di MSN dan juga di JBS yang sentiasa menyokong usaha ini. Tahun 2020 insyaAllah kita akan mempersiapkan atlet ini utk SUKMA Para dan juga sirkit kebangsaan jika ada. Ianya bukanlah soal pingat dan kemenangan kerana bagi saya kemenangan sebenar adalah bilamana kita berjaya menukar paradigma dan mind setting OKU ini kearah lebih positif dan mengembalikan mereka menjadi sebahagian dari anggota masyarakat yang berfungsi.

Bantu saya untuk bantu mereka.
Jommm jadi orang baik-baik

RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN
Penggerak Memanah Paralimpik Kelantan
Jurulatih Memanah Paralimpik
4 Januari 2020.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *