SULAWESI BARAT, INDONESIA _ 7 JANUARI 2020 | Sebanyak 100 bungkus makanan telah disediakan untuk anak-anak di sebuah sekolah di sini. Alhamdulillah para guru di sekolah ini sangat menyambut baik dan turut bersama membuat agihan kepada satu persatu murid-murid mereka.
Ada yang membuat sedih apabila abang Solihin iaitu koordinator kita di sana mengatakan sengaja memilih sekolah ini kerana murid-muridnya berasal dari golongan orang yang susah. Har…anak-anak ini dek jarang sekali makan nasi berlauk ayam. Jadi hari ini Abang Solihin menyediakan nasi berlauk ayam masak kicap untuk anak-anak ini.

Semoga para anak ini boleh menjadi generasi berjaya pada masa akan datang untuk terus membawah kemajuan kepada keluarga masing-masing dan untuk kemajuan tanah Mandar. Jutaan terima kasih juga kepada Abang Solihin, isteri, keluarganya dan para guru yang bertungkus lumus menjayakan program hari ini.
Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami
https://www.facebook.com/perkalas791/
atau anda juga boleh melihat dan subscribe channel Youtube kami di
https://www.youtube.com/channel/UCFEFoI3avYme3ci4vblf0CA
anda juga boleh terus ke page rasmi Raja Shamrihttps://www.facebook.com/rajashamri/
JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!
“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”
KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583