Disclaimer

[vc_row][vc_column][vc_column_text]

Melayari hero-daily.com adalah tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang dinyatakan di bawah. Dengan menggunakan hero-daily.com, ini bermakna anda menerima perjanjian ini.

Hakcipta
Semua bahan yang disiarkan termasuk artikel, grafik, gambar dan video adalah tertakluk dan dilindungi oleh undang-undang hakcipta Malaysia. Pengubahsuaian sebarang bahan dari hero-daily.com atau menggunakan dengan sebarang tujuan adalah melanggar hakcipta Golden Minds Group.

Penggunaan bahan-bahan daripada hero-daily.com untuk lain-lain laman web atau komputer adalah dilarang sama sekali. Bahan-bahan daripada sebarang laman web yang dimiliki, dikendalikan, lesen atau dikawal oleh hero-daily.com tidak boleh dicetak, diulangterbit, diulang cetak, dimuat turun, dipindahkan atau diedarkan dalam mana-mana carapun.

Semua nama, simbol, logo dan tanda yang digunakan dalam hero-daily.com, kecuali yang lain-lain yang telah dinotiskan, adalah tanda dagangan dimiliki atau digunakan di bawah lesen oleh Golden Minds Group. Penggunaan tanda-tanda dagang atau lain-lain bahan dalam laman web ini adalah dilarang.

Penulis Hero-daily.com
Hero-daily.com juga mengalu-alukan penulis jemputan untuk menyumbangkan penulisan dan berkongsi idea mereka melalui platform hero-daily.com. Mereka yang menulis  berita atau yang menyumbang penulisan mereka hendaklah bertanggungjawab atas kenyataan yang diberikan. Hero-daily.com berhak menyunting atau tidak menyiarkan mana-mana berita atau maklumat yang difikirkan boleh memberi kesan buruk kepada umum.

Anda secara khususnya bersetuju bahawa hero-daily.com tidak bertanggungjawab atau berkewajipan ke atas mana-mana ugutan, fitnah, kelucahan melampau, menghina atau kandungan tidak sah atau berkelakuan buruk ke atas pihak-pihak lain atau sebarang pelanggaran ke atas hak-hak orang lain, termasuk harta benda intelek yang mempunyai hubungan dengan laman web www.hero-daily.com.

Ini termasuk maklumbalas pembaca melalui ruangan media sosial yang disediakan seperti facebook twitter. Ia adalah pandangan pihak yang menulis dan pemilik akaun berkenaan, dan bukan mewakili pandangan atau pendirian hero-daily.com atau Golden Minds Group secara khususnya.

Hero-daily.com juga tidak bertanggungjawab di atas sebarang kenyataan atau pandangan yang ditulis atau disiarkan melalui segmen Komentar dan Dari Blog. Ia adalah pandangan penulis berkenaan tanpa dipengaruhi pihak kami dan ia tidak semestinya mengambarkan pendirian dan pandangan kami dan pemilik akaun tersebut bertanggungjawab terhadap penulisan dan komentar mereka.

Iklan
Laman web ini mengandungi pautan ke laman web internet lain yang dimiliki oleh pihak ketiga. Pihak kami tidak bertanggungjawab ke atas kandungan laman web yang dipaut atau sebarang pautan di dalam laman tersebut.

Di dalam laman web ini juga terdapat iklan daripada pihak ketiga yang mempunyai pautan ke laman web masing-masing. Anda perlu merujuk ke laman-laman tersebut untuk maklumat lanjut mengenai pengiklan dan produk serta/atau perkhidmatan yang diberikan.

Pada sesetengah keadaan, iklan-iklan tersebut mungkin mempunyai tawaran yang anda boleh terima dengan memaut ke laman pengiklan dan mengikut arahan yang diberikan. Tawaran tersebut tidak dibuat oleh pihak hero-daily.com dan pengiklan bertanggungjawab sepenuhnya ke atas tawaran yang dibuat dan penghantaran sebarang barang atau perkhidmatan yang anda beli daripada laman web pihak ketiga.

Hero-daily.com tidak akan bertanggungjawab untuk arahan yang dibuat secara langsung oleh pengguna kepada pengiklan ke atas respons sebarang iklan yang disiarkan dalam laman web.

Pengiklan-pengiklan di dalam hero-daily.com faham dan setuju yang Golden Minds Group tidak akan bertangungjawab terhadap ketepatan dan kesahihan maklumat yang dihantar oleh pengguna-pengguna dalam mana-mana bentuk interaktif.

Penafian
Hero-daily.com tidak akan menjamin bahawa bahan-bahan di laman ini bebas daripada kesilapan, dan kesilapan akan diperbetulkan, atau laman web atau server yang sedia ada bebas dari virus-virus atau lain-lain komponen yang membahaya.

Penggunaan hero-daily.com adalah atas risiko anda keseluruhannya. Anda mesti menilai menanggung segala risiko ke atas apa-apa jua yang berkaitan dengan penggunaan sebarang maklumat yang terkandung di dalam laman web, termasuk kepercayaan ke atas ketepatan, kesempurnaan atau faedah kegunaan apa juga kandungan. Anda perlu mendapatkan nasihat persendirian anda sendiri berhubung maklumat demikian.

Walaupun kami akan menggunakan ikhtiar yang munasabah untuk mengekalkan kandungan, kami tidak akan memikul tanggungjawab untuk menyediakan sokongan atau perkhidmatan mengawalselia ke atas kandungan.

Sekiranya anda mempunyai sebarang cadangan atau inginkan penjelasan mengenai sesuatu perkara berkaitan hero-daily.com, anda boleh hantarkan ke herodaily@hotmail.com

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]